Sabtu, 25 Julai 2015

Lelaki Menyamar Pegawai SKMM Tawar Netbook 1Malaysia

IPOH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai SKMM dan menawarkan Netbook 1Malaysia yang baharu, jika mangsa membayar sejumlah deposit kepadanya.

Timbalan Pengarah Pematuhan Kawal Selia SKMM Wilayah Utara, Hanita Izam Abdul Rahman berkata, individu yang memperkenalkan diri dengan nama 'Zambri' itu mengatakan bahawa dia mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga yang ditawarkan Netbook 1Malaysia.
"Lelaki ini datang rumah ke rumah dan memberi borang permohonan photostat kepada mangsa. Mangsa diminta untuk menyerahkan wang deposit antara RM1,000 hingga RM2,500 untuk mendapatkan Netbook 1Malaysia sebelum komputer diserahkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Doktor disamun ‘orang minyak’


Seremban: Seorang doktor lelaki bukan saja disamun RM600 malah dipaksa menanggalkan pakaian dan kencing di hadapan sebuah kedai di Jalan Temiang, di sini, oleh ‘orang minyak’ yang merompaknya, kelmarin.

Sumber berkata, lelaki berusia 36 tahun terbabit minum di sebuah restoran di Jalan Lobak, di sini, sebelum memandu kereta pulang ke rumahnya.

Katanya, mangsa singgah di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk membeli sos cili sebelum meneruskan perjalanannya, jam 2 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...