Selasa, 9 April 2013

Rumah pegawai polis di bakar di Klang

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam, dalam satu kejadian awal hari ini. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira jam 3 pagi. 

"Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar (dari bilik tidur) apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah. 

PRU13: POLIS KESAN 26 SENTIMEN HASUTAN, FITNAH MENERUSI MEDIA SOSIAL


Kuala Lumpur, 9 April - Polis yang memantau media sosial bermula semalam mengesan 26 sentimen hasutan dan fitnah berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sentimen terbabit disebar menerusi blog dan juga media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Polis akan terus memantau blog serta laman sosial terbabit dan jika didapati mereka masih meneruskan dengan penyebaran sentimen berkenaan polis akan bertindak, katanya pada sidang media PRU13, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

POLIS BONGKAR KUBUR YANG DIGALI TANPA KELULUSAN, TEMUI 31 BUNGKUSAN BERISI PASIR


Kota Bahru, 8 April - Polis membongkar sebuah kubur yang digali tanpa mendapat kelulusan penjaga Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Jalan Hamzah di sini hari ini. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang pengadu yang menyatakan kubur itu digali kira-kira lima hari lepas. 

"Ada maklumat mengatakan dua lelaki datang dengan motosikal membawa bungkusan dan gali sebuah kubur. Justeru, kita menjalankan siasatan hari ini selepas mendapat perintah mahkamah.

PRU-13: TINDAKAN TEGAS TERHADAP SALAHGUNA JAWATAN POLIS


Kuala Lumpur, 8 April – Sempena dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, pihak polis menegaskan pelbagai peruntukan undang-undang akan digunakan untuk memastikan perjalanan PRU13 berjalan lancar.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata, “Antara undang-undang yang akan digunapakai ialah Kanun Keseksaan(akta 574), Akta Hasutan (Akta 15), Akta Perhimpunan Awam 2012, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357), Akta Polis 1967 (Akta 334) dan Akta Perhimpunan Awam 2012”.

PRU13: POLIS TERENGGANU TUMPU KAWASAN "BERISIKO BERLAKU KEKECOHAN"


Setiu, 8 April - Polis Terengganu menumpukan kawalan keselamatan di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kekecohan pada pilihan raya umum sebelum ini, kata Ketua Polis Negeri Dato' Jamshah Mustapa. 

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencetuskan kekecohan yang boleh mengganggu kelicinan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menjejas ketenteraman awam. 

Katanya pada pilihan raya umum sebelum ini terdapat kes penyokong parti termasuk daripada Barisan Nasional (BN) ditahan atas dakwaan mencetuskan kekecohan. 

UNDANG-UNDANG DAN ANDA: Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dikuatkuasakan sebelum hari penamaan calon.

Seksyen 4 -Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
(1) Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah akta ini tidak meluas kepada yang berikut:


(a) seseorang bukan warganegara;
(b) perhimpunan yang diadakan dimana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) suatu proses jalanan;
(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah dua puluh satu tahun; dan
(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

32 INDIVIDU DITAHAN DI PERAIRAN SABAH, PELBAGAI SENJATA DIRAMPAS


Kota Kinabalu, 8 April - Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini. 

Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...