Polis Johor akan menjalankan
siasatan berhubung video tular yang mengaitkan PENGLIBATAN SEORANG
PEGAWAI POLIS DI NEGERI INI DENGAN PENGUSAHA JUDI.
Ketua polis Johor Datuk Mohd
Khalil Khader Mohd berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut peraturan
dan undang-undang sedia ada sekiranya terbukti kesahihan terhadap pegawai yang
terlibat seperti didakwa.
“Saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah mengutarakan video klip itu. Siasatan segera secara terperinci dan
telus akan dijalankan ke atas dakwaan tersebut dan ditegaskan pihak polis tidak
akan berkompromi di atas kecuaian pegawai serta anggotanya dalam memartabatkan
integriti,” katanya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
(MCPF) di sini hari ini yang dihadiri naib pengerusi kanan MCPF Tan Sri Lee Lam
Thye dan pengerusi MCPF Johor Datuk Freddie Long Hoo Hin.
Video berdurasi kira-kira
empat minit itu mendakwa pusat judi di negara ini dipayungi polis manakala
terdapat seorang pegawai polis di sebuah daerah di negeri ini turut
bersekongkol dengan pengusaha judi.