KUALA LUMPUR, 1
April: Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 dibentangkan
untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, antara lain untuk menyediakan
takrifan baru bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya.
Cadangan
pindaan itu turut meliputi sekatan pengimportan, pengeksportan, pemilikan,
penanaman, perusahaan ketum dan mengadakan peruntukan kuasa bagi mengawal selia
penghasilan dan urusan berkaitan ketum.
Timbalan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika membentangkan rang
undang-undang itu berkata, Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi
mengawal penyalahgunaan daum ketum, tidak cukup kuat untuk mengekang aktiviti
tersebut.