KUALA LUMPUR, 1
April: Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 dibentangkan
untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, antara lain untuk menyediakan
takrifan baru bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya.
Cadangan
pindaan itu turut meliputi sekatan pengimportan, pengeksportan, pemilikan,
penanaman, perusahaan ketum dan mengadakan peruntukan kuasa bagi mengawal selia
penghasilan dan urusan berkaitan ketum.
Timbalan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika membentangkan rang
undang-undang itu berkata, Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi
mengawal penyalahgunaan daum ketum, tidak cukup kuat untuk mengekang aktiviti
tersebut.
Justeru katanya,
adalah menjadi keperluan untuk mentakrifkan ketum sebagai dadah berbahaya,
supaya kawalan lebih ketat terhadap penyalahgunaan bahan itu dapat
dilaksanakan.
“Kawalan
pemilikan daun ketum boleh ditingkatkan, jika ia dijadikan dadah berbahaya,
kerana undang-undang sedia ada, iaitu ketum diletakkan di bawah Akta Racun
adalah terbatas dan menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan,”
katanya.
Beliau berkata,
pindaan itu juga bagi membolehkan ketum disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta
Dadah Berbahaya yang turut menyenaraikan tanaman lain, seperti pokok ganja,
kanabis, popi dan koka.
Dr Hilmi
berkata, pindaan itu turut membabitkan beberapa seksyen dalam akta terbabit
yang memperuntukkan pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman dan
perusahaan ketum sebagai satu kesalahan.
Menjelas
lanjut, beliau berkata, ketum atau nama asalnya ‘kratum’ adalah sejenis
tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak didapati di negeri-negeri
utara Semenanjung Malaysia.
Katanya,
penyalahgunaan daun ketum memberi kesan hampir sama dengan dadah jenis opiat
yang mendatangkan kesan buruk kepada individu, seperti hilang kawalan
diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal
serta emosi.
“Selain itu,
anak mata menjadi kecil, berasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing,
kurang selera makan, turun berat makan, sembelit dan insomnia,” katanya.
Dr Hilmi turut
mengakui, ketum digunakan dalam rawatan tradisional, namun ia hanya dilakukan
berdasarkan maklumat tradisi dan sehingga kini, tiada kajian klinikal dilakukan
yang membuktikan keberkesanannya.
Katanya, sekalipun ketum
disenaraikan sebagai dadah berbahaya kelak, ia tidak akan menghalang kajian
dilakukan terhadap tumbuhan itu, kerana Akta Dadah Berbahaya membenarkan
pemilikan bagi tujuan penye