Jumaat, 26 Jun 2015

Hanya Bunga Api 'Pop-Pop', 'Happy Boom' Dibenarkan


KUALA TERENGGANU - Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja dibenar dan diluluskan untuk dimainkan sepanjang musim perayaan tahun ini, demikian tegas Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Menurut Rosli, ini kerana kedua-dua jenis bunga api berkenaan tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

“Bagaimanapun, penjualan dua jenis bunga api tersebut perlu mendapat permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.

Bom Petrol Dilempar Di Sekolah Kes 'Minum Air Kencing'

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Satu bom petrol dilemparkan di perkarangan sekolah di mana seorang guru dikatakan menyuruh muridnya yang bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.

Senjata buatan sendiri itu dilemparkan pada dinding berhampiran pondok pengawal di pintu masuk sekolah pada pukul 10 malam Rabu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. pihak polis sedang menyiasat perkara itu.

Sebelum ini seorang guru yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar berusia dalam lingkungan 50an membuat kenyataan 'gurauan air kencing' itu dalam perhimpunan di sekolah berprestasi tinggi di Sungai Petani 21 Jun.

Bot Penduduk Tempatan Bawa Pelarian Rohingya


ALOR SETAR: Satu daripada dua buah bot membawa lebih 1,000 warga Bangladesh dan pelarian Rohingya daripada Myanmar ke Pulau Langkawi bulan lepas, telah dikenal pasti dimiliki oleh seorang penduduk tempatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

"Ia (bot terbabit) didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan," katanya kepada Bernama hari ini tentang perkembangan siasatan polis tentang sindiket pemerdagangan manusia di Kedah.

SPRM tahan tiga anggota polis kes terima rasuah

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor bergelar Datuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.

Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.

Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.

Seorang daripada mereka adalah wanita. Mereka berusia antara 27 dan 57 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...