Jumaat, 26 Jun 2015

Bom Petrol Dilempar Di Sekolah Kes 'Minum Air Kencing'

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Satu bom petrol dilemparkan di perkarangan sekolah di mana seorang guru dikatakan menyuruh muridnya yang bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.

Senjata buatan sendiri itu dilemparkan pada dinding berhampiran pondok pengawal di pintu masuk sekolah pada pukul 10 malam Rabu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. pihak polis sedang menyiasat perkara itu.

Sebelum ini seorang guru yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar berusia dalam lingkungan 50an membuat kenyataan 'gurauan air kencing' itu dalam perhimpunan di sekolah berprestasi tinggi di Sungai Petani 21 Jun.


Surat aduan memperincikan insiden tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Kenyataan yang dikeluarkan guru tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang tampil je sekolah bagi menuntut penjelasan daripada pihak sekolah pada pagi Isnin.

Sekurang-kurangnya 30 ibu bapa membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Kedah berhubung perkara itu.

Guru berkenaan dikatakan telah memberitahu murid bukan Islam dalam satu perhimpunan bahawa mereka boleh minum air kencing sendiri sekiranya tidak mempunyai air minuman.

Dia bagaimanapun dilaporkan bertindak keterlaluan dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak membawa air minuman boleh meminum air dari paip atau jika tidak, minum air kencing mereka sendiri.

Guru yang terlibat juga telah membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.


Difahamkan bahawa guru itu telah dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Pelajaran sejak Selasa (23 Jun) sehingga siasatan selesai.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...