Selasa, 30 Oktober 2018

6 SEBAB MENGAPA HUTANG ALONG MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA


ALONG ATAU ‘AH LONG’ adalah terma yang merujuk kepada SYARIKAT PINJAMAN WANG YANG TIDAK BERLESEN. Kebiasaannya, mereka yang terikat dengan pinjaman Along adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. Situasi ini terjadi kerana pinjaman Along adalah lebih mudah, ringkas dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit berbanding dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen.

Walaupun tidak berlesen, iklan-iklan poster tentang pinjaman Along boleh dijumpai di sekitar kota bagi menarik perhatian orang ramai, dengan kata-kata manis yang memikat hati mereka yang memerlukan dan tidak menyedari BAHAYA MEMBUAT PINJAMAN DARIPADA ALONG.

Wang yang dipinjam daripada Along didatangkan dengan FAEDAH DAN RISIKO YANG TINGGI. Ramai yang memandang rendah terhadap risiko meminjam wang daripada Along. Mereka berpendapat bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam tempoh sesingkat yang mungkin, urusan pinjaman wang daripada Along boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun hakikatnya berbeza sekali. Lihat 6 sebab mengapa berhutang dengan Along boleh MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA ANDA.

KADAR FAEDAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Pernahkah anda mendengar TERMA ‘SEPULUH-TIGA’? Ianya merujuk kepada kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Kadar faedah sepuluh-tiga bermakna bagi SETIAP RM10 YANG DIPINJAM, RM3 AKAN DIKENAKAN SEBAGAI FAEDAH. Dalam kata lain, jumlah wang yang anda pinjam akan dikenakan faedah sebanyak 30% dalam hanya satu bulan!

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang jumlah wang yang dibayar kembali jika anda membuat pinjaman kewangan daripada Along, lihat contoh di bawah:

Jumlah dipinjam : RM1,000
Faedah perlu dibayar (sebulan): RM300
Faedah untuk pinjaman 12 bulan: RM3,600
Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar: RM4,600

Ahad, 28 Oktober 2018

19 AHLI KONGSI GELAP BERSENJATA DITANGKAP


ISKANDAR PUTERI 27 Okt. – Cubaan 19 LELAKI DIPERCAYAI AHLI KONGSI GELAP untuk membalas dendam di kawasan Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini gagal apabila mereka ditahan di sini semalam.

Mereka yang berusia 13 hingga 21 tahun itu dan BERSENJATAKAN EMPAT BILAH PARANG DITANGKAP pukul 8.15 malam kerana dikatakan tidak berpuas hati selepas terlibat dalam satu kes pergaduhan DI TAMAN UNGKU AMINAH, SKUDAI, dekat sini sebelum ini.

KETUA POLIS DAERAH ISKANDAR PUTERI, ASISTEN KOMISIONER DZULKHAIRI MUKHTAR berkata, pihaknya menahan semua suspek selepas menerima panggilan orang awam memaklumkan perkara tersebut sebelum laporan dibuat di Ba­lai Polis Mutiara Rini.

“Selepas itu, pegawai dan anggota pasukan petugas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 lelaki de­ngan sebahagiannya dilihat memegang senjata, di­percayai pe­dang ma­suk ke kawasan pangsapuri itu.

“Tangkapan di­bu­at terhadap me­reka kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya serta menganggotai pertubuhan ha­ram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Ka­kisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd 


Rabu, 17 Oktober 2018

SINDIKET MACAU SCAM BERMAHARAJALELA


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,627 KES MACAU SCAM yang membawa KERUGIAN BERNILAI RM98.3 JUTA dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Senior Asisten Komisioner Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 862 kes yang mencatat kerugian berjumlah RM 25.8 juta.

“Statistik ini menunjukkan berlaku peningkatan terhadap kes-kes Macau Scam. Ini turut menunjukkan bahawa sama ada rakyat kita ini peka atau tidak (tentang jenayah Macau Scam).

Hakikatnya tidak. Mereka mudah terpedaya dan senang percaya dengan mana-mana panggilan terutama  daripada polis (PDRM) atau mana-mana agensi tertentu,” katanya ketika ditemu bual dalam satu ruang bicara khas oleh sebuah stesen televisyen tempatan malam ini.

Menurut Ahmad Noordin, membayar saman melalui panggilan telefon antara modus operandi (MO) yang diamalkan oleh penjenayah bagi menakutkan mangsa.

 “Jika anda menerima panggilan (Macau Scam), terus ke balai polis terdekat untuk membuat laporan. Belum pernah polis menyuruh untuk membuat bayaran saman melalui mesin ATM (mesin pengeluaran wang automatik),” katanya.

Selain itu, Ahmad Noordin turut menyatakan perasaan tamak, perasaan takut dan mudah mempercayai orang lain menjadikan rakyat di Malaysia mudah terpedaya dengan taktik yang dilakukan penjenayah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yasin berkata selain panggilan telefon, MACAU SCAM TURUT HADIR MELALUI APLIKASI-APLIKASI TELEFON PINTAR seperti WeChat dengan menawarkan pelbagai tawaran lumayan seperti PEMBELIAN BARANGAN DALAM TALIAN DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH.

“Apa yang penting, pengguna harus lebih peka, prihatin dan semak terlebih dahulu sebelum klik. Pengguna juga perlu memahami tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) PDRM atau mana-mana agensi supaya tidak ditipu oleh panggilan yang mengaku polis. Jenayah Macau Scam juga sentiasa berubah mengikut keadaan,” katanya.

Selain itu, Zulkarnain berkata, orang ramai sering mengutamakan kualiti teknologi berbanding aspek keselamatan teknologi.

“Empat puluh dua juta pengguna internet (akaun) terdedah dengan risiko penipuan. Aspek keselamatan juga penting bagi mengelak kita daripada menerima panggilan yang tidak dikenali ataupun pautan di web (laman sesawang) yang membawa kita ke jenayah ‘scammer’,” katanya. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...