Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan

Selasa, 30 Oktober 2018

6 SEBAB MENGAPA HUTANG ALONG MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA


ALONG ATAU ‘AH LONG’ adalah terma yang merujuk kepada SYARIKAT PINJAMAN WANG YANG TIDAK BERLESEN. Kebiasaannya, mereka yang terikat dengan pinjaman Along adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. Situasi ini terjadi kerana pinjaman Along adalah lebih mudah, ringkas dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit berbanding dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen.

Walaupun tidak berlesen, iklan-iklan poster tentang pinjaman Along boleh dijumpai di sekitar kota bagi menarik perhatian orang ramai, dengan kata-kata manis yang memikat hati mereka yang memerlukan dan tidak menyedari BAHAYA MEMBUAT PINJAMAN DARIPADA ALONG.

Wang yang dipinjam daripada Along didatangkan dengan FAEDAH DAN RISIKO YANG TINGGI. Ramai yang memandang rendah terhadap risiko meminjam wang daripada Along. Mereka berpendapat bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam tempoh sesingkat yang mungkin, urusan pinjaman wang daripada Along boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun hakikatnya berbeza sekali. Lihat 6 sebab mengapa berhutang dengan Along boleh MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA ANDA.

KADAR FAEDAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Pernahkah anda mendengar TERMA ‘SEPULUH-TIGA’? Ianya merujuk kepada kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Kadar faedah sepuluh-tiga bermakna bagi SETIAP RM10 YANG DIPINJAM, RM3 AKAN DIKENAKAN SEBAGAI FAEDAH. Dalam kata lain, jumlah wang yang anda pinjam akan dikenakan faedah sebanyak 30% dalam hanya satu bulan!

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang jumlah wang yang dibayar kembali jika anda membuat pinjaman kewangan daripada Along, lihat contoh di bawah:

Jumlah dipinjam : RM1,000
Faedah perlu dibayar (sebulan): RM300
Faedah untuk pinjaman 12 bulan: RM3,600
Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar: RM4,600

Sabtu, 8 September 2012

‘Master’ tilik guna SMS


BUKTI...Din menunjukkan risalah tilik nombor ekor yang dihantar ke rumahnya.
SHAH ALAM: Satu sindiket menawarkan khidmat menilik nombor ekor menerusi telefon bimbit dikesan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah di bandar raya ini, Klang dan Banting sejak beberapa hari lalu.

Risalah hitam putih itu tertera nama sebuah kuil, gambar seorang sami lelaki dipercayai tukang tilik, sekeping nombor ekor dan resit keputusan pemenang menampilkan pengakuan seorang lelaki mengenai keberkesanan tilikan itu yang diberi secara percuma oleh seseorang yang digelar ‘Master’.


Dalam risalah terbabit, lelaki itu mendakwa kehidupannya susah dan tidak cukup wang menampung perbelanjaan rumah, ansuran bulanan kereta dan rumah walaupun bekerja sebagai kerani bank.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...