Selasa, 14 April 2015

Janda maut dibelasah kekasih


MERSING – Seorang janda beranak tiga mati dipercayai akibat dibelasah kekasihnya, seorang anggota polis berpangkat koperal, di kawasan rekreasi Hutan Bandar di sini awal pagi semalam.
Nurzilawati Akmar Affandi, 35, yang mempunyai tiga orang anak berusia antara lapan hingga 15 tahun dipercayai maut dipukul suspek yang tinggal di kuarters Kompleks Perumahan Polis Mersing dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini.
Jarak di antara kompleks perumahan itu dengan tempat kejadian kira-kira 3.2 kilometer.

Inspektor polis didakwa rasuah


JOHOR BAHARU 14 April - Seorang Inspektor Polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tahun lalu.

Mohd. Shulul Azmil Shuaibon, 32, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan didakwa meminta suapan RM3,500 daripada orang awam, Azman Mat Zain di cawangan itu pada kira-kira pukul 5.25 petang, 13 Januari 2014.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan iaitu pertolongan yang dicadangkan dengan cara sama ada Azman dikenakan pertuduhan lebih ringan atau tidak menuduh Azman di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam satu kes kemalangan jalan raya pada 5 November 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...