Memaparkan catatan dengan label Inspektor Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspektor Polis. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2015

Inspektor Minta Wanita Buat Seks, Wang


SEREMBAN: Seorang Inspektor polis ditangkap selepas didakwa meminta melakukan hubungan seks dan rasuah daripada seorang wanita untuk membebaskan tiga rakannya yang ditahan di dalam lokap.

Pegawai tersebut ditahan bersama dua yang lain termasuk seorang pegawai penguatkuasa majlis tempatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Suspek berusia antara 21 dan 31 tahun.

Selasa, 14 April 2015

Inspektor polis didakwa rasuah


JOHOR BAHARU 14 April - Seorang Inspektor Polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tahun lalu.

Mohd. Shulul Azmil Shuaibon, 32, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan didakwa meminta suapan RM3,500 daripada orang awam, Azman Mat Zain di cawangan itu pada kira-kira pukul 5.25 petang, 13 Januari 2014.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan iaitu pertolongan yang dicadangkan dengan cara sama ada Azman dikenakan pertuduhan lebih ringan atau tidak menuduh Azman di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam satu kes kemalangan jalan raya pada 5 November 2012.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Inspektor Polis dan rakan ditahan edar syabu


Seorang pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang rakannya ditahan di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang semalam kerana disyaki memiliki syabu.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejumlah dadah ditemui bersama pegawai berpangkat inspektor berusia 30 tahun itu.
"Pegawai ini baru sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh kira-kira 6 bulan lepas. Ujian air kencing turut mendapati pegawai dan rakannya itu positif dadah," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas Ketua Polis Perak.

Khamis, 20 September 2012

Rasuah: Inspektor dipenjara 5 tahun, denda RM25,000


SHAH ALAM 19 Sept. - Seorang inspektor polis dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM5,000 daripada seorang suspek kes samun, tiga tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mat Ghani juga memerintahkan tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, menjalani hukuman penjara 25 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...