Jumaat, 14 September 2012

2 individu mangsa rompak ditemui mati


KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira jam 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai disamun. 

Anggota polis dipenjara sehari kerana rasuah


JOHOR BAHRU 14 Sept. - Seorang konstabel sokongan polis dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah.

P. Prathab, 24, dari Taman Nusa Bestari, Skudai di sini, sebelum itu mengaku salah menerima rasuah sebanyak RM1,000 daripada T. Ghanasundri di No. 2077, Jalan Pulai Jaya 55, Taman Pulai Jaya, pada 11.30 pagi, 29 Mac tahun lalu.

Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk membantu melepaskan suami Ghanasundri, yang ditahan di lokap Balai Polis Ulu Choh.

Pembinaan IPK Negeri, IPD Kuala Terengganu Bermula Tahun Depan


KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang baru dijangka bermula tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata ia kini berada di peringkat terakhir bagi menentukan reka bentuk yang dijangka sofistikated.

Penduduk Buat Laporan Polis Khutbah Jumaat Berbaur Politik Di Masjid Padang Serai

Gambar hiasan

PADANG SERAI, 13 Sept (Bernama) -- Sekumpulan penduduk dalam kariah Pekan Padang Serai di sini pada Khamis membuat laporan polis berhubung khutbah yang dibacakan khatib jemputan di Masjid Jamek An-Najjah di sini, Jumaat lepas, yang didakwa berbaur politik.

Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulamak Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim.

Perkembangan Teknologi Semasa Pengaruhi Peningkatan Jenayah Korporat -


PETALING JAYA, 13 Sept (Bernama) -- Kepesatan dan kecanggihan teknologi semasa merupakan antara punca peningkatan jenayah korporat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata segelintir mereka yang tamak memanipulasi teknologi untuk melakukan jenayah korporat terancang seperti penipuan siber, pengubahan wang haram, penggelapan wang syarikat dan penipuan akaun bank.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...