Rabu, 31 Oktober 2012

PKDK: Orang Dalam Terbabit Kes Menyamar Kerabat Diraja Kedah


ALOR SETAR, 30 Okt (Bernama) -- Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) Selasa mengesahkan seorang anggotanya terbabit dalam kes sekumpulan orang yang menyamar kerabat diraja Kedah pada majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang, 23 Okt lepas.

Yang DiPertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata PKDK tidak terlibat dengan majlis tersebut anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia DiRaja (PAKIM DiRaja) bagi menyampaikan selendang pentauliahan ahli jawatankuasa yang dilantik.

Rondaan Kerap APMM Punca Tiada Pelanunan Di Selat Melaka Dilapor Tahun Ini



MANTIN, 30 Okt (Bernama) -- Rondaan dan pemeriksaan kerap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi punca tiada pelanunan dilaporkan berlaku di Selat Melaka sehingga Oktober tahun ini.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebanyak 17,633 pemeriksaan dijalankan ke atas kapal di Selat Melaka yang menyaksikan 525 penahanan.

"Statistik pelanunan dan rompakan kapal dagang di Selat Melaka pada tahun ini adalah negatif sekali gus menunjukkan hasil kejayaan operasi termasuk pengawasan radar yang beroperasi secara 24 jam," katanya ketika merasmikan Hari Bersama Media di sini Selasa.

Dua Kakitangan Syarikat Insuran Cedera Ditikam Penyamun


GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Dua kakitangan syarikat insuran cedera apabila ditikam oleh seorang lelaki dipercayai penyamun di Lebuh China, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 7 malam, mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat itu, T. Shankar, 30, parah terkena tikaman pisau di perut selain kepalanya dipukul sementara pengurusnya, Loh Wei Lian (he), 46, cedera di pergelangan tangan kanan.

"Sebelum kejadian, mangsa mendekati seorang lelaki yang didapati berkelakuan mencurigakan untuk bertanya apa tujuannya berada berdekatan pejabat mereka.

"Namun, kedua-duanya dicederakan suspek terbabit," katanya kepada pemberita di sini Selasa. BERNAMA

Anggota polis parah ditembak di Gua Musang

Khalid
Khalid menyampaikan jambangan bunga kepada isteri Mohd Shamsul, Maisarah ketika mengadakan lawatan ke HRPZ II, hari ini.

KOTA BHARU- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah, selepas ditembak penjenayah dengan beberapa das tembakan di bahagian dada, dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, bersama beberapa anggota dari balai berkenaan menyertai operasi sekatakan jalan raya di hadapan balai terbabit, setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di bandar Gua Musang.

Dipercayai semasa kejadian mangsa yang bertindak nekad memberkas dua suspek di dalam dua kereta berasingan iaitu kereta jenis Honda dan BMW ditembak salah seorang suspek ketika mereka cuba melarikan diri dengan melakukan pusingan U.

Wanita Diganggu Ah Long Dakwa Majikan Salah Guna Kad Pengenalannya

Bekas pekerja kedai makan, Victoria Marie Ng Shui Shen, 33, menunjukkan salinan laporan polis dan salinan gambar bekas majikannya, Yeoh Kim Kean, semasa mengadakan sidang akhbar di pejabat Gerakan negeri di George Town, P.Pinang

GEORGE TOWN: Seorang wanita yang kini diganggu beberapa pemberi pinjaman wang haram atau Ah Long, mendakwa semua itu gara-gara salinan kad pengenalannya disalahgunakan majikannya yang kini telah menghilangkan diri.
Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia parti Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh berkata Victoria Marie Ng Shu Shen, 33, percaya salinan kad pengenalannya telah digunakan oleh majikannya itu untuk menjadi penjamin pinjaman tersebut.
Katanya Ng mengaku memberikan salinan kad pengenalannya kepada pemilik kedai nasi ayam itu untuk tujuan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...