Jumaat, 12 September 2014

Empat lelaki bersenjatakan parang samun empat sekeluarga

ROMPIN - Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun empat sekeluarga selepas memecah masuk sebuah rumah kongsi di ladang pisang berhampiran Kampung Kedaik dekat Rompin lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, penjenayah berkenaan turut mengikat mangsa seorang wanita berketurunan Orang Asli berusia 56 tahun bersama tiga lagi anggota keluarganya.

Suami isteri warga Indonesia ditemui mati di ladang


NILAI - Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul dalam rumah mereka di sebuah ladang buah di Kampung Gebok, Mantin di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 itu, pasangan berusia lingkungan 30-an tersebut dijumpai oleh pasangan peniaga buah naga semasa mereka tiba untuk mengambil buah di ladang berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan. - KOSMO!

Polis Marin tumpas kegiatan seludup rokok di Batu Pahat


JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok pelbagai jenis, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, malam tadi.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata sehubungan dengan itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia linkungan 23 hingga 39 tahun dalam tangkapan pada pukul 11.30 malam itu.

Pelajar UiTM Cedera Parah Ditikam


ALOR GAJAH: Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu rompakan di Pangsapuri Dimensi di Lendu di sini, awal pagi Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata ketika kejadian pada 5.30 pagi, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar Diploma Komunikasi Massa sedang nyenyak tidur di sebuah bilik di tingkat satu pangsapuri berkenaan manakala empat lagi rakannya berada di dua bilik berasingan.

Polis Bongkar Makmal Dadah Di Shah Alam


PETALING JAYA: Polis berjaya membongkarkan sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di sebuah gudang di Shah Alam pada 5 September lalu.

Dalam serbuan di kawasan perindustrian itu, polis merampas sejumlah dadah iaitu 1.67 kilogram kristal syabu, 6 liter cecair syabu dan 122 kilogram pil yang disyaki mengandungi bahan prekursor, bahan kimia antaranya asid hidroklorik, acetone toulene serta peralatan khas yang digunakan untuk memproses dadah dianggarkan RM500,000.

5 Bekas Tahanan ISA Di Syria menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)


PETALING JAYA: Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.

Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.
Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...