KUALA LUMPUR: Seramai tujuh anggota Tentera Darat
ditahan sejak tahun lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan
Daesh, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja
Mohamed Noor.
Daripada
jumlah itu, katanya, dua sedang menjalani hukuman penjara, dua lagi berada di
bawah pengawasan polis manakala tiga lagi menunggu perbicaraan.
"Peratusan
penglibatan anggota tentera dalam kegiatan militan sangat sedikit, ia tidak
mencemarkan keupayaan (Tentera Darat). Hanya segelintir kecil cenderung ke arah
itu.