KUALA LUMPUR, 2
Februari: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan penjelasan berhubung
kenyataan beliau yang meminta orang Melayu memboikot perniagaan
peniaga Cina.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah
segera bagi mengelakkan daripada terjadinya ketegangan kaum.
“@PDRMsia akan
panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM
akan memastikan keharmonian kaum dihormati,” kata Khalid melalui laman
Twitternya hari ini.