Isnin, 16 Jun 2014

Pengusaha ikan, pekerja diculik


Kunak: Seorang pengusaha ikan dalam sangkar dan seorang pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di kawasan pemilikan ikan dalam sangkar Kampung Air Sepang, tengah malam tadi.
Mangsa yang berusia 32 tahun dan pekerjanya 20 tahun dilarikan empat lelaki bertopeng tidak dikenali kira-kira jam 12.40 tengah malam. 
Difahamkan, lelaki terbabit memakai pakaian gelap dan bersenjata itu masuk ke kawasan berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan itu dan menculik kedua-dua mangsa manakala dua lagi menunggu di atas bot.

Keadaan yang gelap ketika kejadian menyebabkan mangsa gagal dikesan selepas suspek melarikan diri dengan menaiki bot dari kawasan terbabit.

Sumber:mymetro

Peniaga daging Pasar Besar Kajang nyaris maut ditembak

Gambar hiasan
KAJANG: Seorang penjual daging segar di Pasar Besar Kajang nyaris maut selepas dua das tembakan dilepaskan ke arahnya ketika berjalan menuju ke gerainya pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Abd Ghani Abdullah, 50, sedang berjalan kaki menuju ke gerai di pasar itu melalui jalan belakang, selepas meletakkan keretanya berhampiran bangunan Metro Point di sini. 
"Ketika itu mangsa ditembak oleh seorang lelaki menaiki motosikal pada jarak kira-kira 10 meter, dan tembakan itu mengenai bahagian bahu kiri dan bawah telinga kanannya. 

"Mangsa dihantar ke Hospital Kajang oleh orang ramai dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi. 

Anggota PGA, Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Ditembak Di Sandakan


SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass, di sini pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

STOR PENYIMPANAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DISERBU


Alor Star, 15 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam Ops Landai di sekitar kawasan perindustrian Mergong, semalam.

Menurut Komander Pasukan PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, bertindak di atas maklumat, pemerhatian telah dijalankan oleh pihaknya yang terdiri daripada seorang pegawai bersama empat anggota terhadap sebuah bengkel yang mencurigakan di kawasan terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...