Gambar hiasan |
KAJANG: Seorang penjual daging segar di Pasar Besar Kajang nyaris maut selepas dua das tembakan dilepaskan ke arahnya ketika berjalan menuju ke gerainya pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Abd Ghani Abdullah, 50, sedang berjalan kaki menuju ke gerai di pasar itu melalui jalan belakang, selepas meletakkan keretanya berhampiran bangunan Metro Point di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Abd Ghani Abdullah, 50, sedang berjalan kaki menuju ke gerai di pasar itu melalui jalan belakang, selepas meletakkan keretanya berhampiran bangunan Metro Point di sini.
"Ketika itu mangsa ditembak oleh seorang lelaki menaiki motosikal pada jarak kira-kira 10 meter, dan tembakan itu mengenai bahagian bahu kiri dan bawah telinga kanannya.
"Mangsa dihantar ke Hospital Kajang oleh orang ramai dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan. "Mangsa dihantar ke Hospital Kajang oleh orang ramai dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, pekerja Abd Ghani yang hanya ingin dikenali sebagai Sevarasa, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi seakan letupan, sebanyak dua kali.
"Saya tengok orang ramai semua berlari ke belakang pasar dan saya bergegas ke sana sebelum melihat majikan saya berlumuran darah," katanya.
Beliau berkata, memang menjadi rutin harian majikannya yang lebih dikenali dengan gelaran 'doktor' dalam kalangan pekerjanya, untuk datang ke gerai setiap hari kira-kira 6 pagi selepas pekerjanya membuka gerai sekitar 5 pagi.
"Pagi tadi, belum sempat beliau sampai di gerai, kejadian ini berlaku," katanya yang telah 10 tahun bekerja di situ.