Selasa, 20 Oktober 2015

Pegawai, penguat kuasa PBT direman berhubung kes rasuah rumah urut

PUTRAJAYA 20 Okt. - Seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.

Seorang orang awam yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguat kuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan perintah reman itu yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini terhadap kesemua lelaki berumur antara 30-an hingga 50-an.

PENGAWAL KESELAMATAN BUKAN MENGAWAL TAPI MENCURI !!!

Putrajaya: Polis berjaya menyelesaikan 23 kes curi dalam bangunan kerajaan selepas menahan tiga pengawal keselamatan pada 10 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, polis mendapat panggilan sebelum menahan ketiga-tiga lelaki berusia 32 tahun yang bergiat aktif menjalankan aktiviti curi sejak Ogos lalu dengan menyasarkan bangunan kerajaan sekitar Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Superintendan Mark Pak Chuai berkata, pihaknya mengepong bangunan kerajaan di Presint 5 selama 9 jam untuk menangkap penjenayah yang bersembunyi di tingkat 10 bangunan berkenaan.

"Hasil tangkapan, kami berjaya merampas 21 telefon bimbit pelbagai jenama, projektor dan beberapa barangan elektronik lain yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

"Bagaimanapun, tiga suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...