PETALING JAYA – Kad
Keahlian anggota Rela tidak boleh disalahgunakan menjadi sebagai kad kuasa.
Pegawai Rela Daerah
Petaling, Khairul Amri Shahrul berkata, kad keahlian Rela hanya boleh digunakan
sebagai pengenalan diri yang mengesahkan pemegangnya merupakan ahli Rela.
Pihaknya kesal
kerana ada individu yang menyalahgunakan kad kuasa tersebut untuk tujuan lain.
“Jika sekiranya ada
tangkapan contoh melibatkan kecurian, pesalah terbabit harus diserahkan kepada
pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika taklimat Kursus Asas
Rela Daerah Petaling ( Siri 3) , di Apartment idaman, Damansara Damai, kelmarin.
Beliau mendapat
aduan terdapat segelintir pihak yang menggunakan kad tersebut untuk melakukan
peras ugut.