KUANTAN - Mahkamah Rendah Syariah Kuantan hari ini mengeluarkan waran
tangkap terhadap Harun Mat Saat, atau dikenali sebagai 'Tuhan Harun' selepas
ketua kumpulan ajaran sesat itu gagal hadir buat kali kedua untuk proses
pengurusan kesnya semalam.
Harun, 47, yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran
Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan
pertama kesnya, 20 Ogos lepas.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas
permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.