Sabtu, 16 Februari 2013

Bapa Saksi Pembantu Rumah Lambung Anak Hingga Jatuh Menerusi CCTV

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.

Polis Ada Rancangan Jika Rundingan Dengan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu Temui Jalan Buntu


KOTA KINABALU: Polis telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata warga Filipina di daerah Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Jumaat berkata, rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu, yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pengikut keturunan Sultan Sulu.
“Kami mempunyai rancangan lain,” katanya pada Jumaat ketika ditanya apakah yang akan berlaku sekiranya rundingan dengan kumpulan yang terdiri daripada 100 individu itu menemui jalan buntu.
Hamza berkata, beliau optimis bahawa keadaan itu dapat diselesaikan secepat mungkin dengan kumpulan itu akan kembali pulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...