Isnin, 1 Oktober 2012

Maut ditetak

Gambar hiasan

KLANG: “Biasanya setiap hari adik menghubungi saya, namun hari ini (semalam) dia tidak berbuat demikian, menyebabkan saya berasa hairan.

“Namun pagi tadi (semalam) saya terkejut sebaik menerima panggilan daripada anak mangsa mengatakan mangsa ditemui mati di bilik utama rumahnya,” kata S Karuppanan, 67, abang kepada S Doraisamy, 58, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di rumahnya di Taman Telok Gadung, di sini, semalam.


‘Tidak takut pihak berkuasa’


KUALA LUMPUR: Dengan bantuan Eddie, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dua gadis Vietnam yang menawarkan pakej kekasih kontrak kepada lelaki tempatan di ibu kota sejak pertengahan tahun ini.

Hasil pertemuan dengan Pretty, 17, dan Chris, 23, mereka mengaku mampu memperoleh RM20,000 sebulan jika tidak putus pelanggan sepanjang berada di negara ini. 

Seorang Lelaki Ditemui Mati Dengan Dua Kesan Tembakan

Gambar hiasan

KAJANG: Seorang lelaki ditemui mati dengan dua kesan tembakan di belakang badan dan bahagian kepala di tapak memancing Empangan Semenyih, Batu 28, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dekat sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa yang berumur lingkungan 20-an ditemui oleh seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 4 petang sebelum bertindak melaporkan kepada polis.
"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa dan tiada sebarang tanda-tanda mangsa dirompak," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Ahad.
Ab Rashid berkata turut dijumpai dua butir kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mayat mangsa yang hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...