Jumaat, 3 Oktober 2014

Peniaga Ikan Kena Samun RM43,000


KUANTAN: Seorang wanita peniaga ikan kerugian wang tunai RM43,000 dan barangan berharga selepas rumahnya di Desa Perpat, Kuala Rompin, disamun tiga lelaki bersenjatakan parang awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, mangsa, seorang ibu tunggal berusia 47 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun, turut diikat dengan dawai oleh suspek yang memecah masuk ke rumahnya.
Selepas mengikat dua beranak itu, suspek yang berpakaian gelap dan menutup muka dengan baju, menggeledah rumah mangsa dan mengambil barangan berharga lalu melarikan diri, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...