Selasa, 3 Jun 2014

Rogol: Polis dihukum penjara, sebat


KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim, Mohd Yusoff Yunos terhadap tertuduh Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam pejabat Ketua Polis Balai Polis Binjai, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof, manakala, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...