Sabtu, 30 Jun 2012

Barang kemas RM300,000 lesap


Gambar hiasan

IPOH – Dua beradik berputih mata apabila beg berisi barang kemas bernilai RM300,000 dilarikan oleh sekumpulan penjenayah ketika mereka sedang menukar tayar kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, dua beradik berkenaan dikatakan membeli pelbagai barang kemas di Tangkak, Johor sebelum memandu pulang ke arah Pulau Pinang.
Bagaimanapun singgah di Ipoh untuk berehat dan menjamu selera.

Mangsa menyedari kehilangan beg yang diletakkan di bahagian tempat duduk hadapan setelah mempercayai di curi oleh lelaki berusia 40-an yang sebelum itu memberhentikan kereta berhampiran dengan mereka.

Difahamkan, kumpulan terbabit mengetahui gerak geri mangsa dan mengetahui barang kemas bernilai tinggi yang dibawa dua beradik yang juga merupakan ahli perniagaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan masih menjalankan siasatan dijalankan di bawah Akta 479 Kanun Keseksaan membabitkan kes curi.
“Setakat ini polis belum melihat rakaman litar tersembunyi (CCTV) daripada pemborong emas iaitu tempat mangsa membeli barang kemas berkenaan. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian besar akibat kes cuti itu,” katanya.
Menurutnya, polis akan meneliti beberapa perkara membabitkan kejadian itu serta akan memanggil individu tertentu untuk ambil keterangan 

Pegawai Kanan Polis IPD Temerloh Dituduh Ambil Rasuah RM2,000


KUANTAN - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputy Superintendent (DSP) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini atas kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh, Sundralingam a/l Rajassundram, 52, yang menghadapi satu pertuduhan  merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Temerloh, Pahang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 23 Mac 2012, jam lebih kurang 5.25 petang, di Restoren Hamza yang beralamat di No.76 Jalan Temerloh Mentakab, telah menerima wang rasuah RM 2000.00 daripada Yow Yock Tai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Yow Yock Tai dan lima (5) orang pekerjanya yang menjalankan perniagaan urut badan tanpa lesen.

Warga emas terpedaya serah wang tunai, subang emas


Warga emas terpedaya serah wang tunai, subang emas
BANDAR MARAN - Bermodalkan kata-kata manis dan tawaran bantuan RM15,000, seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ berjaya memperdaya seorang warga emas dengan meminta mangsa menyerahkan   wang tunai RM300 dan sepasang subang emas.

Namun, wanita berusia 42 tahun yang kemas berpakaian baju kurung itu berputih mata apabila diberkas sepasukan anggota polis kira-kira 10 minit selepas dia memulangkan kembali wang tunai dan subang milik mangsa.

Mangsa, Yang Minah Osman, 72, berkata, dia yang tinggal sendirian di Kampung Senggora, dekat sini, didatangi wanita itu pada jam 11 pagi dan memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ sebelum bertanyakan mengenai wang  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurutnya, wanita itu kemudiannya memaklumkan bahawa penerima BR1M akan menerima bantuan lanjutan daripada kerajaan sebanyak RM15,000. “Tapi dia beritahu mak cik perlu buka buku akaun bank kerana wang bantuan itu  kan dimasukkan terus ke akaun terbabit.

“Dia tawarkan diri untuk tolong buka akaun baru itu dan minta RM300 sebagai wang pendahuluan. Kemudian dia tanyakan pula mengenai barang kemas dan mak cik beritahu, mak cik cuma ada subang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Berita selanjutnya sila KLIK DISINI

Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak


Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta di luar sekolah anaknya, Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini, maut selepas ditembak dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata ketika kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun sedang menunggu isterinya yang menghantar anak lelaki tunggal mereka berusia lapan tahun masuk ke dalam sekolah.

"Mangsa yang duduk di tempat pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi, tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dan bertopi keledar penuh sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya dari jarak dekat.

Pekebun sayur rugi RM45,000 disamun


PEKEBUN, Mansor Hitam dan isteri, Fatimah Puteh memetik cili di Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Gambar hiasan

KUANTAN — Seorang pekebun sayur kerugian RM45,000 setelah disamun tiga lelaki bersenjata di rumahnya di Brinchang, Cameron Highlands, semalam.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa dan isterinya, kedua-dua berusia dalam lingkungan 40-an berada di dalam rumah bersama ibu dan bapa mangsa lelaki yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian samun itu, tiga lelaki terbabit bersenjatakan parang dan objek seperti pistol.
"Suspek meluru masuk ke dalam rumah lalu mengacukan parang sebelum mengikat semua mangsa termasuk menampal mulut mereka dengan pita pelekat sebelum menggeledah rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. — BERNAMA

Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen


KAJANG — Seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati tong drum bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pekerja lelaki berkenaan bertindak memecahkan tong drum bersimen sepenuhnya itu sebelum mendapati terdapat kandungan simen lagi di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik.
"Berikutan itu, lelaki tersebut terus melaporkan kepada majikannya berhubung penemuan rangka itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Abdul Rashid berkata, tiada identiti ditemui pada rangka itu dan siasatan awal polis menemui kesan tetakan pada lehernya.— BERNAMA

Pejabat pos Telok Mas dirompak


Gambar hiasan

MELAKA — Pejabat Pos Telok Mas di sini mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas dirompak beberapa lelaki hari ini.
Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari itu, hanya dua staf wanita berada di dalam pejabat pos berkenaan.
Mereka didatangi beberapa lelaki dipercayai bersenjata pistol sebelum memaksa mereka menyerahkan wang di kaunter pejabat pos berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman yang mengesahkan kejadian tersebut berkata polis sedang menyiasat kejadian tersebut.— BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...