Sabtu, 30 April 2016

Anggota polis ditemui mati dalam parit

MUAR - Seorang anggota polis ditemui mati di dalam parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Roydin Jamaludin ditemui kira-kira pukul 9 pagi dengan terdapat kesan luka pada tubuhnya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mayat mangsa dalam pakaian biasa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Beliau berkata, pihaknya masih mengenal pasti punca kematian anggota tersebut dan meminta orang yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi pihak polis. - Bernama

Polis buru John Rambo

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang penggali kubur digelar sebagai John Rambo selepas disyaki menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di kawasan rumah setinggan di Kampung Air, Jalan Kuari, Cheras di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 44 tahun itu dipercayai masih bersembunyi di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kuari manakala rakannya berusia 39 tahun berjaya ditahan polis kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di kawasan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...