Khamis, 16 November 2017

TIGA BERANAK DIBUNUH KEJAM

KOTA BHARU: Tiga beranak mati dibunuh, dipercayai kerana dendam di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab Rabu petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2. 30 petang itu, seorang lelaki, Kha Ng Ni, 42, ditemui di bahagian luar pintu utama dalam keadaan mayatnya tertiarap dengan kesan tiga tikaman di dada.

Menurutnya, dua lagi mangsa ditemui di ruang dapur iaitu Chu Joo Siok, 37, yang merupakan isteri Ng Ni dalam keadaan terduduk, manakala seorang lagi Kha Zee Hanz, 13, ditemui di kawasan tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher, dipercayai dihentak dengan senjata tumpul.

Rabu, 15 November 2017

APLIKASI VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) MEMBERI BANYAK MANFAAT

KUALA TERENGGANU – Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan Mac lalu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat negeri ini dengan sebahagian besar maklumat di lapor melibatkan lokasi atau ‘port’ dadah.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid berkata, selain jenayah itu, terdapat juga maklumat jenayah lain seperti perlanggaran trafik, kegiatan lumba haram serta gangguan seksual melalui panggilan telefon.

“Sebanyak 80 peratus maklumat yang diterima menerusi VSP melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah itu yang dilihat agak kerap dilaporkan oleh pengguna yang telah mendaftar dan memuat turun aplikasi itu.

“Berkenaan kes gangguan seksual menerusi panggilan telefon, kita telah mengenal pasti pemilik nombor berkenaan dan tindakan telah diambil,” katanya pada sidang media selepas Program Crime Awareness Day Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama Masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina, di sini, hari ini.

Rabu, 8 November 2017

‘PENGEBOM BERANI MATI’ CETUS PANIK

PETALING JAYA: Penduduk di sebuah apartmen di sini digemparkan dengan kelibat seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom berani mati.

Namun, lelaki itu berpakaian sedemikian semata-mata untuk menghadiri PESTA KOSTUM HALLOWEEN, lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata laporan polis diterima pada Selasa berhubung insiden yang berlaku pada 28 September lalu.

"Kira-kira pukul 7.40 malam, penduduk di sebuah apartmen di Damansara Perdana ternampak seorang lelaki berpakaian seperti pengebom berani mati.

"Ia sebenarnya untuk pesta Halloween dan dia dilihat masuk ke dalam lif dengan pakaian tersebut," kata Mohd Zani.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu bolehlah memaklumkan kepada polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...