PETALING JAYA: Penduduk
di sebuah apartmen di sini digemparkan dengan kelibat seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom berani mati.
Namun, lelaki itu berpakaian
sedemikian semata-mata untuk menghadiri PESTA KOSTUM HALLOWEEN, lebih
sebulan lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
ACP Mohd Zani Che Din berkata laporan polis diterima pada Selasa berhubung
insiden yang berlaku pada 28 September lalu.
"Kira-kira pukul 7.40 malam,
penduduk di sebuah apartmen di Damansara Perdana ternampak seorang lelaki
berpakaian seperti pengebom berani mati.
"Ia sebenarnya untuk pesta
Halloween dan dia dilihat masuk ke dalam lif dengan pakaian tersebut,"
kata Mohd Zani.
Beliau berkata mereka yang
mempunyai maklumat berhubung kejadian itu bolehlah memaklumkan kepada polis.
Kes disiasat dibawah Seksyen 506
Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.
Sumber: KLIK DISINI