Jumaat, 24 Oktober 2014

Rakyat adalah pemerhati secara keseluruhan PDRM


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap rakyat di negara ini sebagai pemantau terbaik dalam memastikan anggotanya berintegriti dan tidak terlibat dengan jenayah mahupun rasuah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun PDRM dipantau oleh beberapa agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi baginya rakyat adalah pemerhati secara keseluruhan.
Beliau berkata PDRM menerima apa jua pandangan dan salah laku warganya yang disuarakan rakyat di media sosial seperti Facebook mahupun Youtube yang kini menjadi antara medium utama masyarakat di negara ini.

PEGAWAI KANAN POLIS S'WAK ANTARA 10 DITAHAN UNTUK SIASATAN RASUAH KES CURI BALAK

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH SPRM.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis di Sarawak, adalah antara 10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mencuri balak yang membabitkan kerugian RM43 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull  berkata pegawai terbabit berpangkat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah berumur 35 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis di sebuah daerah di Sarawak kerana menerima rasuah daripada pembalak haram berjumlah RM16,000.
"Dia ditahan bersama sembilan lagi individu yang antaranya memegang jawatan pengarah urusan dan pemilik syarikat pembalakan membabitkan 10 syarikat, dalam Ops Tukul (Sumber) di Kuching, Isnin lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...