KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS telah mengeluarkan ancaman terbaru terhadap Malaysia dan pasukan keselamatan di negara ini.
Sasaran utama mereka adalah Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas,
Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan.
Difahamkan kumpulan militan itu telah meminta rakan
sel mereka di Malaysia untuk melancarkan serangan terhadap Ayob yang dilihat
sebagai ancaman utama aktiviti penganas di rantau ini.
Mesej yang tular di media sosial berbunyi:" Di Malaysia negara yang udah
dibawah Khilafah ada satu nama polis AYOB KHAN ... dia kerja dengan pemerintah
thogut ... dia juga orang yang tangkap askar khilafah di Malaysia ... semua
ikhwan khilafah yang ada di Malaysia bangun sekarang dan habiskan AYOB KHAN
orang yang mau lawan dengan KHALIFAH ABU BAKAR AL
BAGHDADI."