JOHOR BARU: Sebelum ini,
senjata seperti parang, revolver mahupun pistol menjadi pilihan penjenayah
tempatan.
Namun, kini, penjenayah dilihat memperkasakan
diri mereka dengan senjata api yang canggih untuk menimbulkan ketakutan.
Pada 29 Ogos, polis menahan seorang lelaki
berusia 29 tahun bersama-sama selaras 'submachine gun' (SMG) jenis Uzi -
digunakan di seluruh dunia sebagai senjata api oleh polis dan pasukan khas - di
Sungai Petani, Kedah.