PUTRAJAYA,
19 Disember: Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang
kenamaan utama (VVIP), termasuk enggan memberi laluan, boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu
boleh dikenakan tindakan, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,
selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.
“Ada
perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut
arahan polis semasa iring orang kenamaan.