Isnin, 31 Julai 2017

Inspektor ditahan terima rasuah bebaskan suspek culik

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi membebaskan seorang suspek kes culik, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata pegawai berkenaan yang berusia 32 tahun bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Gombak.
"Dia kini direman seminggu hingga 3 Ogos depan dan ditahan mengikut Seksyen 17, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Fadzil berkata, jumlah wang yang diterima pegawai berkenaan masih dalam siasatan.
Januari lalu, polis menahan lima warga tempatan berusia antara 22 hingga 35 tahun selepas didapati terbabit menculik seorang pengurus syarikat pemborong runcit dan pengangkutan berusia 33 tahun di Bandar Country Homes, Rawang.
Polis juga berjaya menemui wang tebusan berjumlah RM300,000 yang diminta suspek dari keluarga mangsa.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...