Jumaat, 20 Mei 2016

Mayat ditemui dalam longkang

BAYAN LEPAS: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam longkang oleh penduduk berhampiran bangunan kedai di Taman Iping, Batu Maung di sini, pagi tadi. 

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui dengan kesan kelar di badan dan kaki kira-kira jam 5 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razarudin Husain, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Relau dipercayai terbabit dalam pergaduhan sebelum kejadian. 

"Polis percaya pergaduhan antara mangsa dan suspek mempunyai kaitan dengan masalah wanita atau hutang. "Suspek giat diburu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

3 sindiket jenayah komersial lumpuh

SHAH ALAM: Tiga sindiket penipuan membabitkan kes pecah amanah, kad kredit palsu dan pelaburan ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor dengan tertangkapnya 16 individu di negeri ini, pada 16 hingga 18 Mei lalu. 

Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin, berkata tangkapan pertama pada 16 Mei lalu membabitkan kes pecah amanah seorang pegawai bank. Katanya, suspek berusia 35 tahun itu dipercayai menipu lebih RM5.4 juta wang milik 32 pelabur sejak tahun 2014. 

"Suspek dikesan melarikan diri ke Chiang Mai, Thailand dan bersembunyi selama setahun sebelum pulang ke tanah air dan ditahan ketika menginap di sebuah hotel di Cheras, kira-kira jam 6 petang, 16 Mei lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...