Isnin, 19 Ogos 2019

POLIS LARANG ZAKIR NAIK CERAMAH DI TERENGGANU???


MARANG - Polis sedang menyiapkan kertas siasatan terhadap SEORANG SUSPEK YANG DISYAKI MENYERANG DAN MENETAK PUTUS IBU JARITANGAN KANAN KETUA POLIS DAERAH BESUT, SUPT MOHD ZAMRI MOHD RAWI Khamis lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu masih dalam tempoh reman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

"Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini serangan berpunca daripada masalah mental dan sakit hati kerana mangsa (Mohd Zamri) tidak mahu melayan kerenah suspek," katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Marang di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.

Ia menyaksikan Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, DSP Amran @ Mohd. Zaki Omar memangku jawatan Ketua Polis Daerah Marang menggantikan Mohd. Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat kepada Superitendan dan menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bahru. - Bernama.

Artikel Penuh : KLIK DISINI


Khamis, 8 Ogos 2019

16 AH LONG DITAHAN, LAPAN KERETA MEWAH BERNILAI RM2.5 JUTA DIRAMPAS


DI TERENGGANU BILA LAGI NAK JALANKAN OPERASI BESAR2AN ??????

SUNGAI PETANI 8 Ogos - SERAMAI 16 ORANG AH LONG yang menganggotai beberapa buah kumpulan, termasuk ada antaranya remaja berusia 15 tahun, ditahan dalam serbuan di lapan buah lokasi berbeza di sini, semalam.

Selain remaja bawah umur, turut ditahan dua orang wanita dalam Op Vulture, bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 3 petang.

Dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh sepasukan 20 anggota dan pegawai JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL (JSJK) BUKIT AMAN DAN KEDAH itu, polis juga merampas lapan buah kereta mewah pelbagai jenama bernilai RM2.5 juta.

Selain itu, polis merampas tiga bilah pedang samurai, enam plastik cat merah, 28 buah telefon bimbit, 16 keping cek dan sejumlah wang tunai termasuk matawang Singapura.

Ketua JSJK Kedah, Superintenden Annuar Amri Abd. Muluf berkata, operasi dilakukan bagi MEMBANTERAS HABIS-HABISAN KEGIATAN BEBERAPA BUAH KUMPULAN PEMBERI PINJAMAN WANG TANPA LESEN DI NEGERI INI, PULAU PINANG, PERLIS DAN PERAK.

"Berdasarkan siasatan mendapati kumpulan-kumpulan ah long ini telah beroperasi lebih kurang dua tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, kumpulan-kumpulan tersebut mengenakan pelbagai syarat kepada kakitangan kerajaan, peniaga-peniaga kecil, peruncit dan pekerja kilang bagi mendapatkan pinjaman daripada RM5,000 hingga RM50,000.

"Mereka yang gagal menjelaskan bayaran mengikut masa yang ditetapkan dengan faedah pinjaman 10 peratus sehingga 15 peratus, bakal berdepan dengan pelbagai ugutan," katanya.

Kebanyakan suspek yang ditahan tambah beliau, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambah Annuar Amri, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Sungai Petani hari ini dan dikenakan perintah tahanan reman sehingga 11 Ogos ini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951, Seksyen 29A (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951, Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM250,000 dan tidak lebih dari RM1 juta atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.

"Manakala Seksyen 29A (1) pula denda sehingga RM20,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 29B denda maksimum RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...