MARANG - Polis sedang menyiapkan kertas siasatan
terhadap SEORANG SUSPEK YANG DISYAKI MENYERANG DAN MENETAK PUTUS IBU
JARITANGAN KANAN KETUA POLIS DAERAH BESUT, SUPT MOHD ZAMRI MOHD RAWI
Khamis lepas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata,
suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental itu masih dalam tempoh reman
selama tujuh hari bermula Jumaat lepas.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan
cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
"Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini
serangan berpunca
daripada masalah mental dan sakit hati kerana mangsa (Mohd Zamri) tidak mahu
melayan kerenah suspek,"
katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Marang di Ibu
Pejabat Polis Daerah Marang hari ini.
Ia menyaksikan Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis
Kontijen Terengganu, DSP Amran @ Mohd. Zaki Omar memangku jawatan Ketua Polis
Daerah Marang menggantikan Mohd. Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat kepada
Superitendan dan menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bahru. - Bernama.
Artikel Penuh : KLIK DISINI