Selasa, 30 Jun 2015

Keselamatan Sempadan Dicadang Tanggungjawab Ketua Polis Negeri


KUALA LUMPUR: Keselamatan di negeri-negeri yang bersempadan dan kawasan sempadan negara seharusnya diletakkan di bawah ketua polis negeri, supaya segala operasi melibatkan agensi-agensi penguat kuasa terlibat dapat diselaraskan bawah satu arahan.

Bekas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Wira Ayub Yaakob yang mencadangkan perkara itu berkata, ketua polis negeri haruslah diberikan kuasa untuk melakukan segala program, tindakan dan operasi.
"Melalui 'kuasa' ini, seluruh agensi dapat memainkan peranan masing-masing di bawah satu arahan. Ia akan memupuk semangat integrasi nasional antara agensi dalam memastikan keberkesanan keselamatan sempadan supaya tidak longgar," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dua Lelaki Termasuk Warga Venezuela Ditahan, Dadah Bernilai RM25 Juta Dirampas


KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia menumpaskan dua sindiket dadah dengan penangkapan dua lelaki termasuk warga Venezuela dan merampas dadah bernilai kira-kira RM25 juta Jumaat lepas.

Melalui dua operasi itu, polis merampas dadah jenis kokain seberat 2.8kg bernilai RM672,000 dan syabu seberat 120.65kg berjumlah RM24.13 juta serta menahan dua lelaki, seorang warga Venezuela berusia 62 tahun dan seorang warga tempatan berumur 24 tahun.

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Masjid


GEORGE TOWN: Bayi perempuan yang masih bertali pusat  dan berbalut tuala ditemui di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor, di sini Isnin.

Bayi itu ditemui oleh orang ramai yang baru selesai menunaikan solat  Maghrib di masjid berkenaan kira-kira 8 malam.

Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi.

Isnin, 29 Jun 2015

REMAJA 17 TAHUN REMPUH POLIS DI KUALA TERENGGANU

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 gabra dan terus merempuh seorang anggota polis sehingga cedera dalam satu sekatan jalan raya di Kuala Terengganu, Terengganu.

Remaja terbabit walaubagaimanapun dapat ditangkap setelah dia sendiri terjatuh dari motosikalnya akibat dari merempuh anggota polis yang bertugas.

Hasil siasatan mendapati remaja terbabit hanya tidak menampal pelekat 'L' pada motosikalnya dan akibat daripada sikapnya yang bebahaya tersebut dia kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber: Sinar Harian

PASUKAN BINA BADAN PDRM RANGKUL 6 EMAS


Kuala Lumpur, 28 Jun - Pasukan Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenangi enam pingat emas dan satu gangsa di World Police & Fire Games 2015 yang berlangsung di Virginia, United States, semalam.


Ketua Polis Negara mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet PDRM di atas kemenangan yang diperoleh melalui akaun twitter rasmi beliau sebentar tadi.


Ahad, 28 Jun 2015

Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah Aktif Pecah Rumah Di Shah Alam

SHAH ALAM: Sekumpulan tiga lelaki dipercayai penjenayah warga asing yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar bandar raya ini ditembak mati oleh polis awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Bukit Jelutong di sini, sepasukan polis terserempak dengan tiga individu dalam keadaan mencurigakan ketika membuat pemantauan, susulan aduan cubaan pecah masuk rumah oleh seorang penduduk di kawasan itu.

Guru Tuisyen Bunuh Diri Selepas Ditipu Lelaki

PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen berusia 32 tahun membunuh diri selepas ditipu sebanyak RM75,000 oleh seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya.

Liew Wai Yi ditemui mati pada Ahad lalu di tempat letak kereta dipercayai jatuh dari sebuah bangunan di Seri Kembangan.
Menurut adik perempuannya, Wai Hong, keluarganya kemudiannya menemui pesanan teks di dalam telefonnya yang menggambarkan bahawa Lie kemungkinan merupakan mangsa penipuan seorang lelaki.
Wai Hong berkata, kakaknya mengenali seorang lelaki bernama Aslam Roger Lloris Mustaafa secara dalam talian sejak awal Februari lalu menerusi aplikasi WeChat danWhatsApp, tetapi keluarganya percaya nama dan gambar profil lelaki itu adalah palsu.

Sabtu, 27 Jun 2015

Lelaki Ditahan Bersama 120 kilogram Syabu Dirampas


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 120 kilogram dadah jenis syabu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

"Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap satu lelaki 24 tahun dan rampas 120 kg Syabu di Mutiara Complex, Jalan Ipoh, KL. Go PDRM Go," katanya dalam catatan terbaharu akaun Twitternya. - Bernama

Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di rumah kongsi tapak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dengkil, Selangor, awal hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Abdul Aziz Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Mya-kwnt meninggal dunia akibat tikaman pada rusuk kanan.
Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung pergaduhan di tapak pembinaan itu melibatkan dua lelaki warganegara Myanmar pada pukul 1 pagi.
Katanya mangsa yang dibawa ke Hospital Putrajaya sejurus selepas kejadian meninggal dunia pada pukul 4 pagi.
"Suspek kejadian masih lagi bebas dan sedang diburu," kata Abdul Aziz. - Bernama

Penyamun Pam Minyak dikehendaki


Jelebu: Polis memburu seorang penjenayah yang menyamun sebuah stesen minyak di Simpang Durian, di sini, kelmarin, selepas kelibatnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu pada jam 9.40 malam bersenjatakan parang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Nordin Daud berkata, ketika kejadian terdapat dua kakitangan stesen minyak bertugas dengan seorang di kaunter manakala seorang lagi di luar.


Katanya, suspek memberhentikan kereta di pintu masuk kedai stesen dan terus ke kaunter sambil memegang sebilah parang.

Jumaat, 26 Jun 2015

Hanya Bunga Api 'Pop-Pop', 'Happy Boom' Dibenarkan


KUALA TERENGGANU - Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja dibenar dan diluluskan untuk dimainkan sepanjang musim perayaan tahun ini, demikian tegas Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Menurut Rosli, ini kerana kedua-dua jenis bunga api berkenaan tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

“Bagaimanapun, penjualan dua jenis bunga api tersebut perlu mendapat permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.

Bom Petrol Dilempar Di Sekolah Kes 'Minum Air Kencing'

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Satu bom petrol dilemparkan di perkarangan sekolah di mana seorang guru dikatakan menyuruh muridnya yang bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.

Senjata buatan sendiri itu dilemparkan pada dinding berhampiran pondok pengawal di pintu masuk sekolah pada pukul 10 malam Rabu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. pihak polis sedang menyiasat perkara itu.

Sebelum ini seorang guru yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar berusia dalam lingkungan 50an membuat kenyataan 'gurauan air kencing' itu dalam perhimpunan di sekolah berprestasi tinggi di Sungai Petani 21 Jun.

Bot Penduduk Tempatan Bawa Pelarian Rohingya


ALOR SETAR: Satu daripada dua buah bot membawa lebih 1,000 warga Bangladesh dan pelarian Rohingya daripada Myanmar ke Pulau Langkawi bulan lepas, telah dikenal pasti dimiliki oleh seorang penduduk tempatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

"Ia (bot terbabit) didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan," katanya kepada Bernama hari ini tentang perkembangan siasatan polis tentang sindiket pemerdagangan manusia di Kedah.

SPRM tahan tiga anggota polis kes terima rasuah

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor bergelar Datuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.

Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.

Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.

Seorang daripada mereka adalah wanita. Mereka berusia antara 27 dan 57 tahun.

Khamis, 25 Jun 2015

Mati dituduh tak puasa


Banting: Lelaki maut selepas dilibas adik lelakinya menggunakan pisau dalam kejadian di rumah di Jalan Orkid Batu 8, Sijangkang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bergaduh dengan adiknya, 27, yang menegurnya kerana dikatakan tidak berpuasa.

Sumber berkata, kedua-dua mereka kemudian bergaduh di dalam rumah berkenaan sebelum mangsa menyerang adiknya menggunakan besi panjang dan suspek bertindak balas dengan mengambil pisau dan melibas ke arah mangsa.

Dua lelaki maut ditembak


Serdang: Dua lelaki maut dipercayai ditembak dari jarak dekat di tepi jalan Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, dua mangsa terbabit, A Shamnson, 25, dan A Rubban Avudayar, 25, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecedaraan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

"Semakan mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai rekod jenayah.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian terutama bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Rabu, 24 Jun 2015

Ganjaran RM1,000 lapor kes kecurian kabel


KUALA TERENGGANU - Telekom Malaysia Terengganu (TM Terengganu) menawarkan ganjaran RM1,000 kepada orang ramai yang melaporkan sebarang kes kecurian kabel dalam usahanya mencegah kejadian itu sehingga mengakibatkan kerugian beribu ringgit kepada syarikat itu.

Pengurus besarnya, Hamidun Ismail berkata, insentif itu akan diberikan kepada mana-mana individu mahupun kumpulan yang berjaya menahan suspek terbabit sehingga kes itu dibuktikan bersalah di mahkamah.

Polis Terengganu tingkat rondaan di surau, masjid


KEMAMAN - Polis Terengganu mempergiatkan rondaan di sekitar kawasan masjid dan surau seluruh daerah ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah sepanjang malam bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa anggota di kawasan tersebut bagi mengawal persekitaran ketika umat Islam melakukan solat tarawih.

Selasa, 23 Jun 2015

Mayat Pensyarah Ditemui Terapung Dekat Kota Damansara

PETALING JAYA: Mayat lelaki reput, dipercayai seorang pensyarah berusia 43 tahun, ditemui terapung di Sungai Rumput berhampiran Kota Damansara di sini.

Mayat ditemui di tebing sungai itu kira-kira pukul 2 petang Jumaat selepas dibawa oleh arus.

Ahli bomba membawa naik mayat tersebut kira-kira pukul 3.30 petang sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Lelaki Bangladesh Maut Ditikam

Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki Bangladesh maut ditikam di hadapan sebuah kilang perabot di Nibong Tebal di sini, Ahad malam.

Shamim Shah, 35, yang cedera parah di dada dan perut dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dan meninggal dunia ketika dirawat kira-kira pukul 1 pagi ini.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, Shamim dilapor diserang dua lelaki ketika ingin masuk ke kilang selepas membeli barang di kedai berdekatan.

Isnin, 22 Jun 2015

Seorang Lelaki Maut Ditusuk dengan Objek Tajam


PORT DICKSON – Seorang lelaki maut apabila ditusuk objek tajam selepas diserang dua lelaki di pasar malam Pekan Bukit Pelandok, kira-kira jam 7 malam kelmarin.Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, A Suthagar, 35, hendak pulang ke rumah selepas berkunjung ke pasar malam berkenaan.

Suthagar yang bekerja sebagai pemandu lori dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.45  malam.

Ahad, 21 Jun 2015

Pemerdagangan Manusia: Beberapa Rakyat Malaysia Ditahan


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beberapa tangkapan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis telah dilakukan.

"Bukan sahaja waran tangkap tapi tangkapan juga telah dilakukan," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa bersama 200 anak yatim dari kawasan Parlimen Bagan Datoh di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini Sabtu.

Beliau ditanya sama ada waran tangkap telah dikeluarkan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam sindiket itu yang terbongkar selepas penemuan kem tahanan di Wang Kelian, yang dipercayai menjadi lokasi mengurung pelarian Rohingya dan pendatang dari Bangladesh.

Khamis, 18 Jun 2015

Lelaki Sedang Pikat Burung Mati Ditembak


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, maut selepas ditembak malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

ASP & Kpl Terima Rasuah Diperintah Bela Diri


KANGAR: Seorang pegawai polis yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan seorang Koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis di perintah membela diri atas tuduhan rasuah lebih empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Mohd Rosli Osman dalam penghakimannya berkata pendakwa raya telah membuktikan kes prima facie terhadap ASP Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 47, dan Koperal Syed Zaini Syed Hassan, 45.

Hasrat bakal guru berkecai maut dicelah JENTOLAK


JERTIH - Hasrat bakal guru untuk berkelah bersama rakan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kampung Chegar Batang dekat Pasir Akar, ketika dalam perjalanan ke pusat rekreasi Air Panas La, Hulu Besut, semalam.

Mangsa, Mohd Faisal Ismail, 22, dari Kampung Tok Raja meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah jentolak dalam kejadian lebih kurang jam 12.40 tengah hari.

Jumaat, 12 Jun 2015

Kami tinggal selama empat tahun di Indonesia, perkara seumpama ini tidak pernah berlaku


KUALA TERENGGANU – Hasrat pemain import skuad Penyu, Gustavo Lopez untuk membantu keluarganya di Argentina tidak kesampaian apabila wang yang bakal dikirimkan ke negara kelahirannya itu lesap dilarikan pencuri, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1.30 petang itu, pemain tengah pasukan Terengganu tersebut alami kerugian lebih RM40,000 apabila beg berisi wang tunai hilang dilarikan pencuri setelah pintu kereta miliknya dipecahkan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Gong Badak, dekat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...