PUTRAJAYA
- Seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di
rumah kongsi tapak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dengkil,
Selangor, awal hari ini.
Pemangku
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Abdul Aziz Ali yang mengesahkan
kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Mya-kwnt meninggal dunia akibat
tikaman pada rusuk kanan.
Beliau
berkata, polis menerima laporan berhubung pergaduhan di tapak pembinaan itu
melibatkan dua lelaki warganegara Myanmar pada pukul 1 pagi.
Katanya
mangsa yang dibawa ke Hospital Putrajaya sejurus selepas kejadian meninggal
dunia pada pukul 4 pagi.
"Suspek
kejadian masih lagi bebas dan sedang diburu," kata Abdul Aziz. - Bernama