Selasa, 19 Mei 2020

PEMILIK SEBUAH AKAUN FACEBOOK YANG MEMFITNAH KP JOHOR DAN TIMBALANNYA DISIASAT


JOHOR BAHRU: Seorang remaja berusia 17 tahun parah akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di pekan Kelapa Sawit, Kulai, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, mangsa yang cedera parah itu kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.
KETUA POLIS JOHOR, DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melancarkan beberapa serbuan keesokannya, susulan kes terbabit.
"Polis mengadakan beberapa serbuan antara jam 4 petang Jumaat lalu sehingga 4 pagi tadi.
"Hasilnya, kita menahan 10 lelaki berusia antara 15 hingga 28 tahun bagi siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan balas dendam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, TIMBALAN KETUA POLIS JOHOR, DATUK KHAW KOK CHIN.
Ayob Khan berkata, semua 10 suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan kumpulan kongsi gelap, beliau berkata ia masih dalam siasatan.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, Polis Johor sedang menyiasat pemilik sebuah akaun Facebook yang memfitnah beliau dan timbalannya.
Katanya, akaun berkenaan menyiarkan video beliau bersama timbalannya, kononnya menerima wang sumbangan seorang wanita selain mendakwa mereka bersekongkol terhadap kes berkenaan.
"Kita sudah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan menimbulkan kegusaran awam," katanya.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Rujukan: KLIK DISINI


Jumaat, 8 Mei 2020

SINDIKET SELUDUP ARAK, DOKUMEN PALSU TUMPAS

KUALA LUMPUR – Satu SINDIKET PENYELUDUPAN MINUMAN KERAS yang bekerjasama dengan satu lagi SINDIKET MENGELUARKAN DOKUMEN PALSU AKHIRNYA DITUMPASKAN dengan tertangkapnya 21 individu lelaki warga tempatan dan warga asing baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 77 tahun  itu telah ditahan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam tiga operasi di Kajang, Subang USJ dan Serdang pada 6 Mei lalu.
Pengarahnya, KOMISIONER DATUK SERI ACRYL SANI ABDULLAH SANI berkata, kesemua 17 lelaki yang ditahan dalam serbuan pertama terdiri daripada sembilan warga tempatan dan lapan warga Myanmar.
“Hasil pemeriksaan polis berjaya merampas sejumlah 47,400 tin minuman keras seludup berjenama Tiger dan sebanyak 30,720 tin minuman berjenama Singha keseluruhannya bernilai RM325,000.
“Turut dirampas sebuah lori kontena jenis Volvo, sebuah van jenis Toyota Hiace dan wang tunai berjumlah RM8,000 yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM550,000,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Justeru tambah Acryl Sani, sebanyak enam keping pas pekerja sementara dipercayai palsu bersama dengan pelekat hologram bagi maksud pemalsuan telah dirampas daripada salah seorang suspek yang telah ditahan.
Menurut beliau, kesemua suspek telah direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selama tujuh hari bermula 7 Mei hingga 13 Mei ini di bawah Seksyen 116(c) Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut dan kes turut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 (memiliki minuman keras seludup tanpa cukai).
Susulan daripada tangkapan itu, katanya pasukan sama telah melancarkan dua lagi operasi susulan di Subang USJ dan Serdang ke atas satu SINDIKET YANG DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PEMALSUAN DOKUMEN SETEM DUTI KASTAM DAN PAS PEKERJA TEMPATAN.
“Operasi berkenaan berjaya membawa polis kepada penahanan empat suspek termasuk seorang lelaki warga Bangladesh dan satu wanita Indonesia.
“Kesemua suspek berusia antara 55 hingga 70 tahun berjaya ditahan untuk siasatan lanjut sementara pemeriksaan lanjut polis berjaya merampas sejumlah 104 keping hologram setem palsu Imigresen dan UNHCR, kerajaan Indonesia dan dua gulung kertas aluminium setem Jabatan Imigresen.
“Justeru turut dirampas 43 keping kertas permit plat aluminium (Pass dan Visa Malaysia), sekeping die cut mold Visa Malaysia dan sembilan bungkus setem Jabatan Kastam “Duty Paid” (Anggaran 130,000 keping),” ujar beliau.
Dua suspek telah direman di lokap IPD Subang Jaya pada 7 Mei semalam manakala dua lagi telah direman di lokap IPD Serdang selama empat hari mulai 7 hingga 10 Mei ini dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.
“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen kerana memalsukan suatu pas dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM30,000.00 dan penjara antara 5 hingga 10 tahun.
“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 472 Kanun Keseksaan kerana membuat atau memiliki Meteri, pelit lancong dan sebagainya denga niat hendak melakukan pemalsuan yang boleh diseksa di bawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan.
“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...