Isnin, 4 Februari 2013

Lelaki ditemui mati di Ayer Keroh


MELAKA: Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya dipercayai akibat ditembak di Jalan Tun Abd Razak-Ayer Keroh berdekatan persimpangan industri Ayer Keroh, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa, S Saravanan, 38, yang memandu kenderaan Honda Accord baru selesai menghadiri perbicaraan berhubung kes samun di Mahkamah Ayer Keroh. 
Sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat di situ, dua lelaki bermotosikal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan yang terkena leher dan badan mangsa. 

Mangsa berasal dari Pulau Pinang mati di di tempat kejadian.

Bekas pemimpin PDRM yang memalukan pasukan dan tidak sedar diri???

Tidak diberi layanan selepas bersara oleh kerajaan dan juga PDRM
Sunguh memalukan PDRM???

'Peralihan kuasa akan berlaku secara aman' - kenyataan yang dibuat oleh Fauzi.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yakin ketenteraman awam akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang kini merupakan ahli PAS memberi alasan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008 juga berlaku secara aman.

Lelaki maut kena tetak


Lelaki maut kena tetak
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut akibat ditetak dalam insiden pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Mohd Najib Bakar, 37, ditemui cedera parah dengan kesan tetakan di bahagian belakang kepala, leher dan kedua belah kakinya sekitar jam 7.30 malam.

Mangsa, yang masih bujang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, selepas mendapat makluman daripada orang awam berhubung insiden anggotanya segera ke tempat kejadian.

Tulang dalam kereta terbakar jadi tanda tanya

Gambar hiasan

SHAH ALAM — Polis belum dapat mengenal pasti sama ada serpihan tulang yang ditemui di dalam kereta yang terbakar di Alam Impian, Seksyen 35 di sini semalam adalah tulang manusia atau sebaliknya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, siasatan berhubung penemuan itu masih diteruskan.
"Sekiranya mendapat pengesahan bahawa ia tulang manusia, baru pihak kami akan memanggil anggota keluarga untuk ujian DNA," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pasukan polis yang ke tempat kejadian pukul 2.30 pagi semalam berikutan maklumat orang awam, menemui serpihan tulang di tempat duduk pemandu kereta berkenaan.
Kereta jenis Proton Waja yang terbakar itu dilaporkan hilang di Klang pada 31 Januari lepas. — BERNAMA

Dua Penjenayah Ditembak Mati Di Kuala Krai

Gambar hiasan

KOTA BAHARU: Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka 'menculik' seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...