PETALING
JAYA 6 Dis. - Dua bulan lalu, Mohd. Farhan Osmera, 18, berhasrat mahu mengambil
alih tugas bapanya untuk mencari nafkah buat keluarga, namun semalam impian
itu terkubur bersama jasadnya buat selama-lamanya.
Mohd.
Farhan maut selepas hampir 12 jam bertarung nyawa di Pusat Perubatan Hospital
Universiti Malaya (PPUM) akibat cedera parah selepas diserang enam lelaki
dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara, malam kelmarin.