KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru
hidup dalam
kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori
kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.
BHOnline melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan
polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas,
Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.
Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol
itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.