SHAH ALAM - "Saya ingin
jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang
keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh kerana beliau yang
memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah
tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan
Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi
WhatsApp, hari ini.
Dalam kenyataan itu lagi, Abdul
Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh
tersebut.