SHAH ALAM - "Saya ingin
jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang
keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh kerana beliau yang
memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah
tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan
Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi
WhatsApp, hari ini.
Dalam kenyataan itu lagi, Abdul
Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh
tersebut.
"Saya merasakan diri saya
dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi.
Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara)
Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.
"Atau adakah semata-mata
atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh lembap
proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.
Saya dimaklumkan bahawa di dalam
salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai
tinggi kerajaan yang lain.
"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas
saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. menjalankan
fungsi-fungsi khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali
kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.
Sumber: bersambung dan KLIK DISINI