Sabtu, 20 Februari 2016

Anggota Rela Rempuh Kereta SPRM Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Ditahan

SEREMBAN, 19 Feb (Bernama) -- Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota Rela yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabut berusia 37 tahun.

PDRM, Interpol Bekerjasama Rapat Sekat Kepulangan 132 Militan Daesh

KUCHING, 20 Feb (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan Interpol untuk memastikan 132 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq, tidak kembali ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama ini bertujuan memastikan keharmonian hubungan agama dan kaum serta perpaduan dan kestabilan negara, tidak terancam.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...