SCAM
ALERT : ‘Lucky Draw’ adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh
pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah daripada orang
ramai.
Anda
dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dan berhati-hati apabila
menerima sebarang sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak
yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah
wang, barangan dan percutian dalam peraduan ‘Lucky Draw’.
Modus
operandi mereka adalah :
1.Mangsa
menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky
Draw’ dari luar negara.
2.Mangsa
dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.
3.Mangsa
kemudian diarahkan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.
4.Suspek
memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan
ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.