Khamis, 3 Julai 2014

DADAH - 900 DITAHAN DI MUAR LAGI PENGEDAR DADAH DIBURU


Muar, 2 Julai - Polis Daerah Muar mencatat kejayaan memberangsangkan dengan tangkapan seramai 900 orang kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang enam bulan pertama tahun 2014.

Sepanjang tempuh tersebut sebanyak 401 operasi berkaitan dadah dijalankan di seluruh Daerah Muar yang turut menghasilkan tangkapan 359 penagih dadah. Antara kejayaan terbesar Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar adalah tangkapan pengedaran melibatkan rampasan 60 paun Dadah Heroin serta pistol.

Pekerja kontrak Filipina maut diserang di Miri

MIRI - Seorang warga Filipina maut manakala rakannya cedera parah akibat diserang sekumpulan lelaki di sebuah banglo yang sedang diubah suai di Jalan Lim Chee Hian, Brighton di sini malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Sail Mohd berusia 20-an dipercayai mati akibat terkena tikaman senjata tajam di perut dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu.
Mangsa meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di Hospital Miri.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, sementara mangsa yang cedera hanya dikenali sebagai Ben, 26, dan kini dirawat di hospital berkenaan dengan kecederaan di perut sementara betisnya terkoyak dan satu jarinya hampir putus manakala seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Saptari, 23, cedera ringan di tangan dan dada.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan daripada Saptari, mereka yang bekerja sebagai tukang membancuh simen tinggal dalam salah sebuah bilik di banglo berkenan. - Bernama

Jurutera program ditemui mati dirumahnya

JOHOR BAHRU - Seorang jurutera program di sebuah kilang ditemui mati di rumah sewanya di Taman Mount Austin, Setia Indah, dekat sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mayat Pang Geok Ching, 41, ditemui oleh pengurus kilang yang datang ke rumahnya selepas mangsa gagal hadir di tempat kerja sejak Ahad.
Pengurus kilang itu yang datang ke rumah mangsa pada pukul tujuh malam ternampak mangsa terbaring dalam keadaan tertiarap ketika meninjau menerusi pintu gelongsor rumah dan mendapati pintu rumah berkunci dari dalam.

Dua warga emas nyaris maut ditembak


Melaka: Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir. 
Beliau berkata, sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah mereka dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.


MACAU SCAM, DUA LELAKI DITAHAN



Kluang, 1 Julai – Dua lelaki dipercayai ahli sindiket penipuan Macau Scam ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan polis kontinjen Johor di sebuah hotel di Bandar Kluang pada 28 Jun lalu.


Dalam serbuan yang dijalankan turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam jenayah tersebut seperti modem, jalur lebar dan komputer riba.

Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sindiket ini menggunakan teknologi ‘Voice Over Internet Protocol’ (VIOP) dimana ia memaparkan nombor telefon rasmi bank-bank dan jabatan kerajaan dan mereka membuat panggilan dari pusat malah akan menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai jabatan kerajaan untuk menipu mangsanya.

Kegiatan penipuan ini didalangi oleh sindiket warganegara asing yang menipu mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan dan luar negara.

AWAS !!! PENIPUAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH



SCAM ALERT: Pakej Haji dan Umrah dengan harga yang murah bukan satu jaminan bahawa perkhidmatan yang bakal diterima akan memuaskan hati dan menepati apa yang dijanjikan. Berhati-hati dengan sesetengah agensi pelancongan yang menjanjikan bulan dan bintang namun akhirnya ia berakhir dengan penipuan.


Antara modus operandi yang digunakan:

1. Ejen dan syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah harga runtuh untuk menarik minat mangsa.
2. Mangsa yang berminat akan membuat pembayaran seperti yang ditawarkan dalam pakej tersebut. 
3. Mangsa dijanjikan dengan urusan dan kemudahan yang lengkap sepanjang menunaikan ibadah umrah.
4. Mangsa menyedari tertipu apabila tiba pada hari yang dijadualkan bertolak, ejen tidak muncul di lapangan terbang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...