Jumaat, 17 Ogos 2012

Rumah Mewah dijadikan ‘gedung’ senjata oleh Warga Asing

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bom tangan, pistol dan pedang samurai antara senjata serta bahan letupan milik sekumpulan penjenayah warga asing ditemui polis dalam serbuan di kediaman mewah mereka di Petaling Indah, di sini, Isnin lalu.

Kumpulan penjenayah terdiri daripada dua warga Singapura, seorang warga China dan seorang lagi Vietnam yang semuanya berusia 25 hingga 34 tahun itu dipercayai bukan saja menjalankan kegiatan pengedaran dadah, namun turut disyaki mendalangi jenayah pecah rumah dan kongsi gelap.


Penyamun tak lepas peluang cabul tetamu mangsa

Gambar hiasan

SEREMBAN – Sekumpulan penjenayah bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri, malah turut mencabul dua tetamu pasangan terbabit dalam kejadian di Taman Mulia, Mantin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 53, berkata, dia dan isterinya berusia 42 tahun sedang berurusan dengan dua wanita berusia 20-an daripada sebuah syarikat perumahan di ruang tamu rumahnya.

“Ketika kami berbincang, tiba-tiba muncul tiga lelaki bersenjatakan parang yang masuk melalui pintu hadapan.

“Semua lelaki terbabit menaiki tiga motosikal yang diletakkan di dalam kawasan rumah, manakala dua atau tiga motosikal  lagi dinaiki beberapa lelaki dilihat berkawal di luar rumah,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua penjenayah mengarahkan mereka diam dan mengikut arahan.

Polis Cari 'Datuk Seri' Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Minuman Di The Mines


SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Keberkesanan Program Cegah Jenayah Akan Dikaji - Hishammuddin


PETALING JAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Beberapa program yang menyasarkan penurunan kadar jenayah akan diperkasa melalui kajian semula terhadap keberkesanan inisiatif itu bermula bulan depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian semula terhadap program Rakan Cop, MyDistress, Talian Nur, Rukun Tetangga, dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) itu dicadang supaya penambahbaikan dapat dibuat bagi memenuhi matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah.

"Saya telah minta program itu dikaji dan Insyaallah selepas Aidilfitri kita akan berbincang untuk menentukan program mana yang boleh diperhebat dan diperluaskan lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...