PETALING JAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Beberapa program yang menyasarkan penurunan
kadar jenayah akan diperkasa melalui kajian semula terhadap keberkesanan
inisiatif itu bermula bulan depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian semula terhadap program Rakan Cop,
MyDistress, Talian Nur, Rukun Tetangga, dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) itu
dicadang supaya penambahbaikan dapat dibuat bagi memenuhi matlamat Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah.
"Saya telah minta program itu
dikaji dan Insyaallah selepas Aidilfitri kita akan berbincang untuk menentukan
program mana yang boleh diperhebat dan diperluaskan lagi.